Tuesday, August 30, 2005

Ahlan Wa Sahlan Ummat Muhammad..

29 Ogos 2005, 11.40pm:

SMS dari nombor tak dikenali..:
A'skum, kak yang..ingat lagi tak kat kyong.Lama tak dgr bter.Kyong dah bersalin Selasa lepas.Dpt ana laki2.Tp tak cukup bln.7 bln.Kyong tgh dlm pantang la ni.Doakan semuanya sihat dan selamat..

Alhamdulillah.. syukur.. hadir lagi seorang umat Muhammad ke muka bumi.. Kak yang sentiasa doakan kak yong selamat sejahtera.. bahagia disamping suami dan anak.. Walaupun jauh beribu batu kak yong di Utara.. kakyang sama sekali tak sedih.. bertemu dan berpisah kita kerana Allah.. Kak yang utuskan doa moga kalian sejahtera dan murah rezeki selalu.. Insyaallah ada rezeki kak yang sampai la ke sana ziarah kalian..Tak sempat pun kak yong mai ziarah kak yang di sini, dah dapat anak lak.. hehe..

Tahniah atas anugerah yang Allah kurniakan kat kakyong..:)

Friday, August 26, 2005

WANITA UMPAMA RUMPUT SEMALU...

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri
baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang
pohon tamar,
Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di
situ
dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada
puteri
kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan
wanita.
Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita
hendaklah
mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan
bahawa wanita
perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Dengan erti kata
lain...JANGAN NAK MENGADA-NGADA, NAK BUEK MUKA
KESIAN....
Kedua, pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.
Oleh itu,
wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita
muslim. Dengan
erti kata lain...biarlah bertempat untuk mempertahankan diri dan maruah!!!!

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam
bumi. Ini
bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat
dengan Allah
Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja
menjelang. Oleh itu,
para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin
senja.

P/S: Yang baik jadikan tauladan.

Waalahua'lam.. :)

Sunday, August 21, 2005

Para Da'i dan Uslub (Cara)

Untuk merealisasikan cita-cita dalam memperkenalkan dasar dan
memperkembangkan da'wah, para da'i, sahibud-da'wah mestilah mempunyai
sifat-sifat asasi dan mereka mesti beriltizam dengan satu uslub yg sahih
dan benar di dalam urusan da'wah mereka.

Satu dari sifat yg utama dan paling penting kepada pendukung da'wah
ialah dia mesti menjadi contoh dan teladan yg baik bagi Islam yg
diserukannya. Dia mesti menunaikan segala rukun Islam mengikuti Sunnah
dan cara hidup Rasulullah s.a.w, menjauhi segala perkara yg syubahat
atau yg samar-samar, menjauhi segala yg haram, sentiasa mengingati Allah
di segala perkara yg kecil dan besar. Di dalam Rumahtangganya, ahlinya
mestilah beriltizam dgn segala ajaran Islam dan menjaga adab-adabnya.

Sesungguhnya keikhlasan pendukung da'wah dan kebulatan hatinya kerana
Allah dan bagi da'wah Allah merupakan satu faktur yg sangat penting.
Supaya da'wah nya berjaya menembusi dan menawan hati orang-orang yg
diseru lantas mereka dgn senang hati menyambut baik seruan itu. Mereka
akan terpesona dgn seruannya jika dilakukan dgn penuh keikhlasan dan
tidak dicampur-baurkan dgn tujuan lain atau disadur dgn kepentingan
duniawi.

**Dia bercakap untuk da'wah, bergerak untuk da'wah, berjalan kerana
da'wah, jadi dia adalah untuk da'wah, kerana da'wah dan bersama dengan
da'wah.**

Muslim yg mendukung da'wah pertama-tamanya dia mestilah mempunyai
pembacaan yg luas, mengikuti segala peristiwa, segala pergolakan,
mengikuti segala perkembangan suasana dan situasi mesti mengetahui
berbagai-bagai mazhab dan aliran fikrah semasa. Kelak mereka mampu
mengemukakan da'wah Islam itu dgn uslub yg baik dgn cara yg menarik dan
nenawan hati. Pandai menawan hati manusia dan tidak menyebabkan orang
semakin liar. Lantas dia dapat mengemukakan Islam dengan cara yg
sebaik-baiknya di tengah ombak dan gelombang kesesatan yg menyesatkan
dari segala penjuru dunia. Dia mesti menerangkan Islam dgn jelas dan
mudah difahami dan tidak menimbulkan kekusutan. Dia membaiki suasana dan
tidak memburukkannya, kerana berapa ramai orang yg mengaku sebagai
penda'wah yg telah merosakkan Islam dengan keburukan cara berda'wah
dalam Islam dan mendatangkan keburukan kpd Islam dengan sangkaan bahawa
mereka telah berbuat baik.

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan nasihat yg
baik dan bantahlah mereka dengan cara yg baik" [An Nahl: 125]

Ikhwan sejati

IBU..., Ceritakan Aku Tentang Ikhwan Sejati...

Seorang remaja lelaki bertanya pada ibunya: Ibu, ceritakan padaku tentang ikhwan sejati...

Sang Ibu tersenyum dan menjawab... Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya....

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran.....

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa ...

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah... Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari banyaknya akhwat yang memuja, tetapi komitmennya terhadap akhwat yang dicintainya...

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari jumlah barbel yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia mengahdapi lika-liku kehidupan...

Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya membaca Al-Quran, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca...

....setelah itu, ia kembali bertanya...

Siapakah yang dapat memenuhi kriteria seperti itu, Ibu ?

Sang Ibu memberinya buku dan berkata.... Pelajari tentang dia... ia pun mengambil buku itu MUHAMMAD, judul buku yang tertulis di buku itu.

Ego ke Kita?

Sedikit sangat orang yang memiliki sifat ego, yang dia menyedari bahawa dirinya memiliki sifat keji tersebut. Natijah tidak menyedari adanya ego itulah maka tercetus berbagai perselisihan dan sengketa di dalam masyarakat. Ini berpunca kerana masing-masing diri dengan sifat ego tersebut bertembung dengan orang lain yang juga memiliki sifat yang sama. Dalam Keadaan mereka sama-sama pula tidak menyedari memiliki sifat ego.

Untuk mengetahui samada memiliki sifat ego atau tidak maka perlulah disuluh dengan ilmunya. Ilmu yang menjelaskan tentang ciri-ciri ego tersebut. Namun begitu bukanlah mudah untuk membuang sifat ego itu biarpun sudah mengetahui ciri-cirinya. Kerana ego adalah sifat keji pada batin.

Ego adalah salah satu mazmumah yang bersarang di hati. Sebarang mazmumah bukan mudah hendak dikikis atau dipadamkan. Mazmumah tidak seperti penyakit lahiriah yang mudah diubat. Doktor malah doktor pakar memang bersedia merawat penyakit lahiriah. Penyakit batin atau mazmumah hanya boleh dirawat oleh mursyid yang benar-benar arif. Mursyid inilah yang sangat sukar ditemui. Betapalah pula manusia kini sudah tidak peduli dan tidak berminat untuk mengubati penyakit batin.

Sifat ego adalah penyakit batin. Ianya adalah abstrak atau maknawiyah, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun tetap dapat dikesan melalui tanda-tanda lahiriah pada sikap seseorang itu. Atau dengan kata lain, sifat ego itu ada manifestasi atau implikasinya. Berdasarkan sikap dan tanda-tanda yang terserlah itulah dapat mengenali seseorang itu memiliki sifat ego.

Di antara ciri-ciri ego itu adalah seperti berikut :-

Menolak Tuhan.
Inilah peringkat paling tinggi keegoan manusia. Tidak mahu mengakui akan kewujudan Tuhan ini yang menjadikan mereka berada di dalam kekufuran.

Menolak kebenaran.
Biarpun terdapat golongan yang mengakui kewujudan Tuhan namun mereka yang salah faham akan keliru tentang Tuhan turut meletakkan diri mereka di dalam kekufuran. Turut berada di dalam kategori ini ialah mereka yang menolak kerasulan Nabi Muhammad SAW. Terdapat pula yang mengakui Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad, namun mereka menolak kebenaran ajaran Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mereka yang seumpama ini boleh jatuh kepada murtad atau kufur. Penolakan atas dasar lemah iman dan tidak boleh melawan tuntutan nafsu, syaitan dan kepentingan dunia maka kedudukan mereka sebagai zalim. Andainya berpunca dari kejahilan, namun tidak terlepas juga sebagai mereka yang ego tinggi yang dihukumkan sebagai fasik.
Golongan ini pula sangat meremehkan dosa pahala dan tidak suka memperkatakannya. Apa sahaja yang dibuat tidak mahu dikaitkan dengan persoalan dosa pahala atau halal haram. Keegoan mereka ini seolah-olah mahu bebas.

Tidak mahu adanya sebarang keterikatan dengan hukum Allah SWT. Begitu juga dalam kontek kekuasaan Allah SWT, mereka tidak mahu mengaitkan sesuatu peristiwa atau perkara itu dengan bukti kekuasaan Allah SWT yang Maha Kuasa. Sesuatu kejadian samada kejayaan, kegagalan mahupun musibah pada mereka lebih nampak kepada sebab atau faktor kejadian tersebut. Dalam soal usaha ikhtiar, mungkin juga boleh diterima sebagai faktor sebab yang terhasilnya sesuatu yang hakikatnya dengan izin Allah SWT. Apa yang anehnya sebagai memperlihatkan ego adalah bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau, jerebu, tanah runtuh yang sifatnya tidak ada campur tangan manusia, pun tidak mahu disandarkan kepada kekuasaan Allah SWT. Lantas dengan cepat mereka mengatakan itu semua adalah lumrah alam atau perkara biasa.

Tidak mahu menerima dari orang atau pihak lain.
Seolah-olah merasa rendah atau tercabar atau terhina andainya kebenaran itu keluar dari mulut orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya sesuatu yang benar itu datangnya daripada orang bawahannya atau orang yang dianggap status sosialnya lebih rendah.

Ego juga dapat dilihat bilamana seringkali menzalimi orang lain apabila seseorang itu memiliki kuasa. Dia akan gunakan kuasa itu bukan sebagai amanah atau tanggungjawab tetapi sebagai peluang untuk menindas atau mendatangkan kesusahan kepada orang lain. Andainya roda pusingan kehidupan menjadikan gilirannya pula berada di bawah atau menjadi pengikut, ketika itu dia akan menjadi orang yang paling sukar untuk taat setia kepada pihak atasannya. Egonya itu membuatkan dia menjadi amat sukar untuk tunduk kepada peraturan dan perintah ketuanya.
Sering sahaja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri. Sifat egonya itu terzahir dalam perbuatan bercekak pinggang biarpun tanpa disedarinya.

Payah hendak bertegur sapa kecuali kalau orang lain mendahuluinya.
Dia merasakan tidak layak untuk menghormati orang lain seolah-olah orang lain yang patut menghormati dirinya.

Isi perbualan atau percakapannya sering saja melebihkan diri biarpun dalam nada tutur kata yang lunak. Apatah lagi bila ada peluang bercakap besar dan lantang.

Selalu berwajah serius dan masam. Ditambah pula dengan sikap yang kurang mesra.

Sangat memilih kawan terutamanya di kalangan orang yang setaraf sahaja. Kadang-kadang lebih suka berada di tengah-tengah orang yang lebih rendah bukan kerana merendah diri tetapi mengharapkan agar dirinya kelihatan lebih menonjol. Dan begitulah sebaliknya cuba mengelak berkawan dengan orang yang lebih atas kerana tidak mahu kelihatan dirinya rendah.

Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain. Apatah lagi apabila dicabar maka sangat tidak dapat menguasai emosi. Mudahnya tercabar itu samada akan memberi tindak-balas atau terus merajuk dan membawa hati.

Mudah menjadi marah terutamanya kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.

Kalau dia terbukti bersalah sangat sukar untuk meminta maaf. Dan apabila orang lain yang bersalah pula sangat sukar memaafkan.

Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran. Teguran boleh menyebabkan dia sakit hati malah timbul dendam terhadap orang yang menegurnya.

Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya. Kalau dia mendengar pujian terhadap orang lain di hadapannya maka timbul sakit hati kepada orang yang memuji itu dan sakit hati kepada orang yang dipujinya.

Sangat suka berbahas. Dalam perbahasan pula sering meninggikan suara. Berbahas pula bukan hendak mencari kebenaran tetapi hendakkan kemenangan walaupun salah.

Kesan sifat ego ini sangat merbahaya dan dahsyat. Lihat sahajalah Firaun, Namrud dan Hamman, kerana egolah mereka sanggup menderhakai Tuhan. Bahkan sanggup mati di dalam kekufuran. Biarpun berbagai bencana Tuhan datangkan sebagai amaran dan ancaman, semuanya tidak menjadi pengajaran, iktibar dan ingatan. Apalah ertinya mempertahankan ‘kenikmatan’ ego itu sedangkan menanggung seksa dan laknat Allah SWT.

seorang Gadis

Seorang gadis itu ...
Seorang gadis itu ...
yang lembut fitrah
tercipta, halus kulit,
manis tuturnya,
lentur hati ...
telus wajahnya, setelus rasa
membisik di jiwa, di matanya cahaya,
dalamnya ada air, sehangat cinta,
sejernih suka, sedalam duka,
ceritera hidupnya...
seorang gadis itu ... hatinya penuh manja,
penuh cinta, sayang semuanya,
cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua,
bukan lemah, atau kelemahan dunia ...
ia bisa kuat,
bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia ...
begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...
seorang gadis itu ... teman yang setia, buat
Adam dialah Hawa, tetap di sini ...
dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap ni'matNya ...
seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya, teman ar-
Rasul, pengubat duka & laranya ...
bijaksana ia, menyimpan lmu, si teman
bicara, dialah ishah, penyeri taman
Rasulullah , dialah
Hafsah, penyimpan mashaf pertama
kalamullah ... seorang gadis itu ... bisa
setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia, namun sucinya
ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ...
kesayangan ayahanda, suaminya si
panglima agama, di belakangnya dialah
pelita, cahya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa
dia segagah Nailah, dengan dua tangan
tegar melindung khalifah, meski akhirnya
bermandi darah, meski akhirnya khalifah
rebah, syaheed menyahut panggilan Allah .
seorang gadis itu ... perlu ada yang
membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia
terpelihara ... dengan kenal Rabbnya,
dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin
Deennya, dengan teguh qidahnya, dengan
utuh cinta yang terutama, Allah jua
RasulNya, dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya, agama,
keluarga & ummahnya ... seorang gadis
itu ... melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan, keyakinan &
penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan ...
seorang gadis itu ... yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman, era hidup perlu
berdikari ... dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh
berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek
keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata
nista, hanya kerana dunia memperdaya ...
kerna seorang gadis itu, yang hidup di
zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap
iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama ... dari rebah
& salah, dalam perjalanan mengenali
Tuhannya, dalam perjuangan menggapai
cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari
Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang
mengurniakan, seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia! seorang
gadis itu ... tinggallah di dunia, sebagai
bidah, dayah & mujahidah, pejuang
ummah ... anak ummi & ayah, muslimah
yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk
anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu,
taman budi & ma'rifatullah ... seorang gadis
itu ... moga akan pulang, dalam cinta &
dalam sayang, redha dalam keredhaan,
Allah yang menentukan ... seorang gadis itu
dalam kebahagiaan! Moga ar-Rahman
melindungi, merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ... menuju
cintaNYA yang ABADI!

CAntiknya Wanita

Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Tuesday, August 09, 2005

WANITA SOLEHAH : PENYERI TAMAN SYURGA

Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara... Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah. Kerana itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah... Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang... dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya... Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang samaada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah... Firman Allah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud...

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya :

"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim










WANITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah). Allah telah berfirman, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." An-Nisaa : 124 Rasulullah juga turut menyuruh umatnya supaya memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang bermaksud : "Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya." HR At-Tirmidzi


Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud.... "Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu."Al-Bukhary dan Muslim.
Terdapat perbezaan diantara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh dinafikan. Wanita secara fizikalnya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh itu mereka tidak dapat melindungi diri merek dengan kekuatan mereka sendiri. Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara diri mereka. Nilai sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.







Wanita menurut perspektif Islam adalah :

Wanita diciptakan sebagai penenteram dan penyenang hati.

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya." Ar Ruum : 21

Wanita sebagai sumber kasih, sayang dan kelembutan.

" Dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang."
Ar Ruum : 21.

Wanita berperanan melahirkan zuriat dan memberi pendidikan.

"Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis-jenis kamu sendiri dan menjadikan dari isteri- isteri itu, anak-anak dan cucu-cucu."
An Nahl :72

Sunday, August 07, 2005

My Beloved

There was a time in my youth,
When Islam was only a custom.
They said, "Say la ilaha illa-llah
And pray you'll go to Heaven."

Ah, how simple, no struggle in this.
Just a word, and simple act.
Thereafter, I'm absorbed in this world again
With my "assured" place in Paradise intact.

But this was not to be my fate
For Allah chose to guide my heart.
I learnt of a man who struggled so hard
When his mission was from the start.

The story of someone who had morals,
Spoke gently; kindness he knew.
Never fearing to say what's right,
His conviction in Islam was true.

The touch of his hand was as soft as silk
To comfort a crying child
To mend his clothes or do the chores,
Never complaining, he always smiled.

His smell was always of musk,
And cleanliness he kept at his best.
Stark contrast with the heroes of today,
Who stink of beer and sweat.

He held the hands of his Companions,
Unashamed to play with many children.
So modest, so humble, a perfect example
That strangers could not recognize him.

His eyes slept little for nights were precious,
His prayers he treasured much greater.
To pray Tahajjud in the depths of night,
Seeking forgiveness, and nearness to his Creator.

He broke his tooth for me at Uhud
And bled for me at Ta'if.
He cried for me, tears of concern,
Just so I could have this belief.

His enemies admired his teachings,
Uniting every religion, every clan.
Till Islam came to every corner of the world,
O, but indeed he was only a man.

To own a house or build his wealth,
Was not his main priority.
To establish Islam was more essential,
To bring us under a higher authority.

Don't you want him to plead for your case
When before Allah the Judge you stand?
Don't you wish to be around his fountain,
A burning desire to drink from his hand?

So I love him more than all creation,
My leader, my humble Prophet.
Muhammad was a mercy to all mankind
And to me he is my beloved.

http://members.cox.net/arshad/islam.html